awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amir Khan derma seluar tinju bertatah emas buat mangsa serangan Taliban

AFP
AFP
18/12/2014
23:59 MYT
Amir Khan derma seluar tinju bertatah emas buat mangsa serangan Taliban
AMIR: Saya hanya dapat bayangkan apa yang dapat dialami ibu bapa mereka. - (AP Photo/John Locher)
Peninju Britain, Amir Khan merancang untuk mendermakan sepasang seluar pendek dengan sulaman emas yang bernilai hampir 163 ribu ringgit ((US$46,973) bagi membina semula sekolah milik tentera Pakistan di Penshawar yang menyaksikan 141 terbunuh dalam serangan oleh puak Taliban hujung minggu lalu.
Khan yang berketurunan Pakistan, memakai seluar tinju dengan lilitan tali pinggang yang mendapat sentuhan emas 24 karat itu sewaktu mempertahankan gelaran juara WBC kategori welterweight menewaskan Devon Alexander di Last Vegas minggu lalu.
Amir Khan
Amir Khan
Seluar bernilai 163 ribu ringgit yang akan didermakan Amir Khan - Donald Miralle/Getty Images/AFP
Peninju berusia 28 tahun itu mendapat anak perempuan Mei lalu dan bertekad melakukan sesuatu bagi meringankan bebanan mereka yang terlibat ekoran insiden itu yang menyaksikan 132 kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan itu.
“Saya hanya dapat bayangkan apa yang dapat dialami ibu bapa mereka,” kata Khan dalam satu wawancara dengan saluran BBC Radio 5.
“Kita bertuah di England, kita mempunyai tahap keselamatan yang bagus dan boleh menghantar anak perempuan ke sekolah dan segalanya baik, tetapi tidak di Pakistan.
“Mereka menghantar anak-anak ke sekolah dan tidak tahu sama ada anak mereka akan kembali. Adalah menyedihkan.
“Saya akan memberi derma (seluar tinju) bagi apa yang berlaku di Pakistan. Saya ingin membina semula sekolah dan memperkukuhkan keselamatan di sana.”
Topic Berkaitan
#Amir Khan
#Pakistan
#Penshawar
#Taliban
#tinju
#WBC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan