DUNIA
Genosid di Gaza: Amnesty gesa UK ambil tindakan terhadap Israel

Amnesty International UK menggesa kerajaan Britain mengambil tindakan tegas terhadap jenayah genosid Israel di Gaza susulan laporan rasmi PBB.
LONDON: Amnesty International UK gesa kerajaan Britain segera ambil tindakan tegas mencegah dan menghukum jenayah genosid dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Ringkasan AI
- Amnesty International UK menggesa kerajaan Britain mengambil tindakan tegas terhadap jenayah genosid Israel di Gaza susulan laporan rasmi PBB.
- Kritikan turut ditujukan kepada Perdana Menteri Keir Starmer yang bertemu Presiden Israel ketika laporan genosid mula mendapat perhatian antarabangsa.
- Amnesty mencadangkan lima langkah termasuk larangan eksport senjata, sokongan kepada ICC dan ICJ, serta sekatan terhadap pegawai dan produk dari penempatan haram Israel.
“Penafian berterusan terhadap risiko genosid yang sedang berlaku di Gaza semakin tidak dapat dipertahankan dan bercanggah dengan bukti undang-undang yang meluas serta konsensus antarabangsa,” katanya.
Laporan PBB yang diterbitkan minggu ini menyatakan bahawa Israel telah melakukan empat daripada lima tindakan yang ditakrifkan sebagai genosid, termasuk pembunuhan, menyebabkan kecederaan serius, mengenakan syarat hidup yang membawa kepada kemusnahan, dan menghalang kelahiran dalam kalangan kumpulan sasaran.
Walaupun kerajaan UK sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf negara Palestin, Perdana Menteri Keir Starmer menerima kritikan hebat selepas bertemu Presiden Israel Isaac Herzog di London minggu lalu, ketika laporan genosid mula mendapat perhatian antarabangsa.
Dalam masa sama, ratusan aktivis telah ditahan kerana menyokong kumpulan kempen yang diharamkan, Palestine Action, yang giat membantah penglibatan syarikat senjata Britain dalam konflik Gaza.
Amnesty turut menggesa kerajaan UK agar:
- Menamatkan semua eksport senjata ke Israel
- Menyokong Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan melaksanakan waran tangkap
- Menguatkuasakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
- Mengharamkan perdagangan dengan penempatan haram Israel
- Mengenakan sekatan terhadap pegawai Israel yang terlibat dalam jenayah antarabangsa
“Kerajaan mesti berhenti melayan penafian genosid. Ia perlu segera melaksanakan tanggungjawab undang-undang dan moral untuk mencegah serta menghukum jenayah ini,” tegas Benedict.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami