awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Amukan' 85 hari Cumbre Vieja berakhir

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2021
23:54 MYT
'Amukan' 85 hari Cumbre Vieja berakhir
Foto menunjukkan pemandangan gunung berapi Cumbre Vieja di Kepulauan Canary, La Palma, Sepanyol, 15 Dis 2021. - Gambar fail AP
MADRID: Letusan gunung berapi yang memusnahkan ribuan rumah dan ratusan hektar kawasan ladang pertanian di Sepanyol diisytiharkan telah berakhir pada Sabtu.
Pengumuman itu menyusul 10 hari selepas gunung berapi Cumbre Vieja di La Palma, Kepulauan Canary menunjukkan paras rendah aktiviti seismik.
Letusan gunung berapi di pulau itu yang didiami kira-kira 85,000 individu adalah yang pertama dalam tempoh 50 tahun.
Ia meletus selama 85 hari dan 18 jam sejak 19 September lalu, sekali gus memaksa sekitar 7,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.
Sumber rasmi menyatakan tiada kecederaan atau kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan, namun lahar dimuntahkan La Cumbre telah memusnahkan sebanyak 1,345 buah rumah terutamanya di barat La Palma.
Sekolah, gereja, pusat kesihatan dan infrastruktur pengairan ladang turut musnah dalam bencana alam tersebut.
Rakaman dramatik pada hari-hari pertama letusan telah disiarkan berulang kali di televisyen Sepanyol, menunjukkan debu hitam menyelubungi menara loceng sebuah gereja sebelum ia runtuh.
Lahar yang bergerak perlahan telah meliputi kawasan tanah seluas 1,250 hektar dan menuju ke Lautan Atlantik.
Di sepanjang laluan tersebut, lahar dimuntahkan Cumbre Vieja telah memusnahkan ladang pertanian terutamanya ladang pisang iaitu mata pencarian utama La Palma selain sektor pelancongan.
Menurut pegawai wilayah, jumlah kerosakan dianggarkan mampu melepasi 900 juta Euro (RM4.2 bilion).
Sementara itu, Perdana Menteri Pedro Sanchez yang telah beberapa kali melawat La Palma sejak Cumbre Vieja meletus berjanji untuk membina semula wilayah tersebut dan menyifatkan pengakhiran letusan sejak hampir tiga bulan lalu sebagai hadiah terbaik Krismas.
Malah, Sanchez turut menjanjikan 225 juta Euro (RM1.06 bilion) dalam bentuk pembiayaan kepada usaha pemulihan termasuk pembinaan penempatan sementara dan menyediakan bantuan kewangan kepada individu yang kehilangan pekerjaan.
Pakar sebelum ini memberi amaran bahawa kerja-kerja pembersihan di La Palma mungkin mengambil masa sehingga beberapa tahun.
Difahamkan, lahar dari gunung berapi itu telah mencipta dua semenanjung baharu berkeluasan 44 hektar dan lima hektar selepas ia mengalir ke laut. - Agensi
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Cumbre Vieja
#sepanyol
#ladang pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan