Skip to main content

Teknologi

ChatGPT kini boleh digunakan dalam PowerPoint untuk jana slaid

Selain menyusun teks dan struktur pembentangan, ChatGPT turut dilengkapi keupayaan menjana imej berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan dalam slaid. -Foto Amanz
Selain menyusun teks dan struktur pembentangan, ChatGPT turut dilengkapi keupayaan menjana imej berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan dalam slaid. -Foto Amanz

Advertisement

Advertisement

OPENAI memperkenalkan integrasi baharu ChatGPT dengan Microsoft PowerPoint bagi membolehkan pengguna menjana dan menyunting pembentangan secara terus dalam perisian itu.

Langkah tersebut bertujuan mempercepat proses penyediaan slaid sekali gus membantu pengguna menumpukan perhatian kepada tugasan lain, lapor Amanz.

Selain menyusun teks dan struktur pembentangan, ChatGPT turut dilengkapi keupayaan menjana imej berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan dalam slaid.

Advertisement

Ciri tersebut membolehkan pengguna menghasilkan kandungan visual yang relevan tanpa perlu menggunakan aplikasi tambahan.

Fungsi baharu itu kini ditawarkan dalam fasa beta dan sedang diperluas kepada pelbagai kategori pengguna, termasuk pengguna versi percuma.

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement