awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak gajah Asia mati 27 hari selepas dilahirkan

Agensi
Agensi
04/08/2020
01:17 MYT
Anak gajah Asia mati 27 hari selepas dilahirkan
Anak gajah jantan itu hanya hidup selama 27 hari dan mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan ia tidak lalu makan. - Foto/Twitter/St.Louis Zoo
Seekor anak gajah Asia bernama Avi yang ditempatkan di Zoo St Louis di Missouri, Amerika Syarikat, mati selepas bergelut dengan masalah kesihatan sejak dilahirkan kira-kira sebulan yang lalu.
Anak gajah jantan itu hanya hidup selama 27 hari dan mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan ia tidak lalu makan, kata zoo berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ia disahkan mati pada pagi Ahad.
Anak gajah itu diletakkan berdekatan ibunya, Rani, sejak dilahirkan pada 6 Julai lalu dan diberi rawatan oleh pihak zoo, namun kesihatannya semakin merosot.
"Kami sangat kecewa dan sedih.
"Pasukan pakar profesional kami melakukan segala yang mungkin untuk membantu memulihkannya, tetapi tidak berjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif zoo, Jeffrey P. Bonner.
Pasukan veterinar zoo akan menjalankan bedah siasat ke atas Avi dan hasilnya akan diperoleh dalam beberapa minggu lagi.
Walaupun hayatnya tidak lama, pasukan terbabit telah melakukan persiapan untuk menyambut kelahirannya sejak tiga tahun lalu, memandangkan ia adalah sebahagian daripada program pembiakan bagi pemuliharaannya.
Haiwan itu kini diancam kepupusan dengan hanya 3,500 spesisnya terdapat di hutan ketika ini, dan jumlah tersebut semakin berkurangan akibat aktiviti pemburuan gading serta kemusnahan habitat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anak gajah
#gajah Asia
#kesihatan
#Rani
#Veterinar
#Zoo St Louis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan