awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak kucing miliki empat telinga tular di media sosial

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2021
02:56 MYT
Anak kucing miliki empat telinga tular di media sosial
Seekor anak kucing yang mempunyai empat telinga menjadi popular di laman sosial Instagram. - Foto Instagram/Midas_x24
ANKARA: Seekor anak kucing dari Turki yang mempunyai empat telinga kini menjadi popular di Instagram dan mempunyai puluhan ribu peminat selepas akaun pemilik haiwan itu di laman sosial tersebut dibuka sejak tiga minggu lalu.
Menurut pemiliknya, Canis Dosemeci kepada portal berita Mail Oneline pada Ahad, nama anak kucing itu ialah Midas dan ia kini mempunyai lebih 19,000 peminat di laman sosial tersebut.
Anak kucing yang berumur empat bulan dan berwarna hitam itu mempunyai empat telinga ekoran masalah mutasi genetik.
Ia menghabiskan masa bermain dengan dua ekor anjing Labrador milik keluarga Dosemeci.
Dua ekor anjing itu menyayangi anak kucing istimewa tersebut dan tidak bergaduh ketika tinggal di rumah wanita tersebut.
Ibu anak kucing itu adalah kucing jalanan dan ia melahirkan Midas serta enam lagi anak di sebuah taman milik seorang rakan wanita berkenaan.
Dosemeci kemudian mengambil Midas dan menjaga anak haiwan itu.
Dia dilaporkan berkata, kucing itu kelihatan sihat namun ia akan menjalani pemeriksaan bagi memastikan tidak ada lagi mutasi genetik berada pada tubuh haiwan tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kucing
#telinga
#Tular
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan