awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak lelaki Osama, Hamza dilapor meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2019
01:31 MYT
Anak lelaki Osama, Hamza dilapor meninggal dunia
Gambar fail Hamza dan Osama yang dirakam ketika berada di sebuah lokasi di Afghanistan. - Foto Sinar Harian
Salah seorang anak lelaki bekas pemimpin rangkaian militan al-Qaeda, Osama bin Laden dikatakan telah meninggal dunia sejak dua tahun lalu, lapor The New York Times dan NBC News.
The New York Times dalam laporannya turut mendakwa, Amerika Syarikat (AS) ada kaitan dengan kematian Hamza bin Laden.
Perkara itu didedahkan seorang pegawai AS, namun tidak menjelaskan secara terperinci apakah peranan AS dalam menghapuskan musuh nombor satu negara itu.
Bagaimanapun, kematian Hamza belum disahkan Tentera AS atau agensi perisikan.
Menurut laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), kali terakhir Hamza mengeluarkan kenyataan terbuka adalah pada Mac tahun lalu ketika menggesa monarki Arab Saudi digulingkan.
Sebelum itu, Hamza mengedarkan mesej audio mengugut akan membalas dendam terhadap tindakan AS membunuh bapanya selain berjanji meneruskan perjuangan al-Qaeda.
Osama dibunuh di kawasan persembunyiannya di Abbottabad di Pakistan oleh komando AS pada 2011, sekali gus melumpuhkan rangkaian militan itu yang didakwa bertanggungjawab melancarkan serangan 11 September, 2001.
Pada Mac lalu, AS menawarkan AS$1 juta (RM4.1 juta) bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenai Hamza.
AS menyifatkan Hamza sebagai individu yang berupaya menghidupkan semula kegiatan keganasan sama seperti bapanya.
Hamza yang digelar sebagai ‘Putera Mahkota Jihad’ didakwa tinggal di beberapa lokasi bagi mengelak dikesan termasuk di Pakistan, Afghanistan, Syria dan Iran. - Agensi
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Al-Qaeda
#Amerika Syarikat
#anak
#Arab Saudi
#Hamza bin Laden
#jihad
#keganasan
#Majlis Keselamatan PBB
#meninggal dunia
#militan
#Osama bin Laden
#Pakistan
#serangan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan