awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak-anak Gaza kembali ke sekolah selepas dua tahun perang, tekad untuk terus belajar

Agensi
Agensi
02/11/2025
01:00 MYT
Anak-anak Gaza kembali ke sekolah selepas dua tahun perang, tekad untuk terus belajar
Setiap kanak-kanak, di mana sahaja mereka berada, berhak untuk hidup, bermaruah dan mendapat pendidikan. - Gambar fail
GAZA: Selepas dua tahun terpaksa meninggalkan bilik darjah akibat perang yang meragut ribuan nyawa, anak-anak Gaza akhirnya kembali ke sekolah - di tengah kemusnahan, namun dengan semangat yang tidak pernah luntur.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memetik kata-kata seorang pelajar, Sham Al-Abd, yang kini bersekolah di Sekolah Rendah Bersama Deir al-Balah yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA): "Apa yang kami perlukan sekarang ialah buku nota, buku dan pen. Kami mahu kehidupan kami semula."
Walaupun sekolah itu masih mengekalkan perabot lama dan lukisan yang sedikit menghiasi dinding, keterujaan pelajar untuk kembali belajar selepas berbulan-bulan berlindung daripada serangan udara jelas terpancar.
Rakan sekelas Sham, Asil Al-Loh berkata: "Kami mahu belajar dan bermain, serta belajar semua subjek seperti dahulu. Sekarang kami hanya belajar Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik."
Selepas gencatan senjata diumumkan, UNRWA giat memulihkan sekolah-sekolah yang sebelum ini dijadikan pusat perlindungan sementara.
Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, memaklumkan, program “Kembali Belajar” kini diperluas, merangkumi pembelajaran secara fizikal dan dalam talian.
Namun, kesan perang masih jelas kelihatan.
Wartawan UN News melaporkan, terdapat keluarga yang masih memasak di koridor sekolah, dan khemah-khemah masih memenuhi kawasan halaman.
Pelajar Shahd al-Bahisi berkata, sebaik kembali ke sekolah itu, dia mendapati kawasan sekelilingnya telah musnah dan ramai pelarian masih berada di situ.
Beberapa bilik darjah masih kekurangan kerusi, lantainya dilapisi kanvas dan selimut.
Namun, semangat untuk belajar tetap menyala.
Jurucakap UNRWA, Inas Hamdam berkata, lebih 62,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan pembelajaran sementara sejak ia dilancarkan pada 1 Ogos 2024.
"UNRWA terus membuka ruang pembelajaran sementara dan menyediakan pembelajaran jarak jauh kepada kira-kira 300,000 pelajar di Gaza, dengan bantuan 8,000 guru," katanya.
Beliau menegaskan, setiap kanak-kanak, di mana sahaja mereka berada, berhak untuk hidup, bermaruah dan mendapat pendidikan.
Di sebalik kemusnahan, suara dan tawa anak-anak Gaza kembali bergema di lorong-lorong sekolah Deir al-Balah - satu simbol harapan yang tidak pernah padam.
Topic Berkaitan
#anak-anak Gaza
#kembali ke sekolah'
#dua tahun perang
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan