awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anda kesepian? Deretan 'pakwe kacak' ini boleh jadi peneman pergi shopping

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2018
05:00 MYT
Anda kesepian? Deretan 'pakwe kacak' ini boleh jadi peneman pergi shopping
Kebanyakan premis kini menawarkan 'teman lelaki' kacak yang boleh disewa mengikut jam pada harga yang sangat berpatutan. -Foto Sinar Harian
Pusat beli-belah di China telah tampil dengan strategi bijak untuk menarik minat pelanggan wanita.
Kebanyakan premis kini menawarkan 'teman lelaki' kacak yang boleh disewa mengikut jam pada harga yang sangat berpatutan.
Promosi itu yang bermula pada Hari Wanita Antarabangsa (8 Mac), kini menjadi strategi sepanjang tahun.
Berjalan melalui galeri pusat beli-belah di bandar-bandar seperti Hebei atau Foshan, anda mungkin akan melihat beberapa lelaki muda tempatan dan asing dipamerkan dalam bingkai besar yang dihias.
Mereka dipanggil 'teman lelaki shopping' dan boleh disewa mengikut jam oleh pelanggan wanita yang kesepian, sedang mencari teman atau tidak biasa dengan pusat beli-belah tersebut.
Kadar sewa bermula serendah 1 yuan (RM0.60) sejam, sehingga 2 yuan (RM1.20) bergantung kepada pusat beli-belah.
'Teman lelaki shopping' bukan sahaja menjadi peneman kepada wanita yang menyewa mereka untuk berbelanja, tetapi juga boleh memberi nasihat atau perunding, membawa beg, berborak, bergambar dengan pelanggan dan menemani mereka untuk minum atau makan di pusat beli-belah serta dilarang mengadakan hubungan fizikal.
Kebanyakan 'teman lelaki' yang dipamer itu adalah pelajar universiti yang bekerja sebagai model sambilan untuk menambah pendapatan mereka dan berdasarkan foto yang dilihat dalam talian, sesetengah daripada mereka gembira dengan pekerjaan ini lebih dari pekerjaan yang lain.
Mempamerkan lelaki berpenampilan menarik yang boleh disewa dengan harga yang sangat berpatutan nampaknya menarik minat ramai pelanggan wanita terutama kumpulan gadis, yang mana ramai yang berkumpul di sekitar bingkai pameran untuk sekurang-kurangnya mengambil gambar.
Walaupun usaha ini dihargai, ada juga yang kecewa dengan pengalaman itu dengan menyatakan membeli-belah dengan teman wanita lebih menyeronokkan berbanding melakukannya dengan orang asing, walaupun dia tampan. - dramamazing
Topic Berkaitan
#Foshan
#harga yang sangat berpatutan
#Hari Wanita Antarabangsa
#Hebei
#kacak
#pelanggan wanita
#Pusat beli-belah di China
#sewa mengikut jam
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan