Anggota bomba ditembak ketika padam kebakaran

Astro Awani
Februari 1, 2022 03:48 MYT
Kawasan di mana anggota bomba maut ditembak ketika usaha pemadaman kebakaran. - Foto AP
CALIFORNIA: Seorang veteran bomba maut ditembak ketika dalam usaha memadam kebakaran di Stockton, California.
Kejadian berlaku ketika Kapten Max Fortuna dan pasukannya tiba di lokasi kebakaran melibatkan tong sampah yang merebak ke sebuah bangunan.
Polis memaklumkan trak bomba tiba di lokasi sekitar 4.45 pagi selepas menerima panggilan kecemasan.
Mangsa ditembak ketika usaha pemadaman giat dijalankan.
Seorang suspek berusia 67 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Penyiasat masih lagi cuba menentukan motif kejadian tembakan berkenaan.
#bomba #tembak #kebakaran #tong sampah