awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Kabinet baharu Thailand angkat sumpah

Bernama
Bernama
05/09/2023
11:19 MYT
Anggota Kabinet baharu Thailand angkat sumpah
Srettha bersama anggota Kabinet selepas selesai mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn pada upacara tradisional di Istana Dusit di Bangkok. - Gambar/ Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan 33 menteri Kabinetnya mengangkat sumpah pada Selasa, hampir empat bulan selepas pilihan raya umum berlangsung.
Srettha mengetuai barisan menteri mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn pada upacara tradisional di Istana Dusit di Bangkok.
Srettha yang juga menteri kewangan dijangka mengadakan mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Kerajaan akan membentangkan kenyataan dasarnya pada sidang bersama Parlimen Isnin depan (11 September).
Dalam ucapan di televisyen selepas majlis angkat sumpah, Srettha berkata pentadbirannya akan menumpukan perhatian kepada menangani keperluan rakyat.
"Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat. Kami adalah wakil rakyat.
"Kerajaan komited untuk menangani masalah rakyat. Kami akan bekerja tanpa jemu setiap hari untuk mengutamakan keperluan rakyat," katanya.
Srettha berkata beliau akan melawat Khon Kaen, Udon Thani, dan Nong Khai untuk berbincang dan mendengar masalah rakyat pada Jumaat.
Kerajaan akan mewujudkan pentadbiran yang sah dan berkesan yang menegakkan kedaulatan undang-undang, menggalakkan penyertaan awam, dan memastikan kesaksamaan untuk semua, katanya.
"Kita boleh mewujudkan kerajaan yang sah, berkesan dan responsif yang akan membolehkan Thailand beralih kepada negara yang stabil, kaya dan mampan pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Kabinet Baharu
#Raja Maha Vajiralongkorn
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan