awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota pengaman PBB maut, seorang lagi cedera dalam serangan di Congo

Bernama
Bernama
06/02/2023
04:27 MYT
Anggota pengaman PBB maut, seorang lagi cedera dalam serangan di Congo
Serangan itu dilaporkan berlaku pada petang Ahad di wilayah Kivu Utara yang bergolak.
KIGALI: Seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila helikopter yang mereka naiki diserang di Republik Demokratik Congo pada Ahad, menurut tentera PBB yang dikenali sebagai MONUSCO.
Serangan itu dilaporkan berlaku pada petang Ahad di wilayah Kivu Utara yang bergolak, menurut satu kenyataan.
"Helikopter MONUSCO yang berlepas dari Beni ke Goma telah diserang, menyebabkan kematian seorang anggota pengaman, manakala seorang lagi cedera parah," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.
Pesawat itu bagaimanapun berjaya mendarat di lapangan terbang Goma.
Menurut laporan, anggota pengaman yang terbunuh berasal dari Afrika Selatan.
Ketua MONUSCO, Bintou Keita memberi amaran bahawa serangan ke atas pasukan pengaman boleh menjadi jenayah perang dan bahawa "pelbagai usaha akan dilaksanakan bagi membawa pelaku ke muka pengadilan."
Keita mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan sambil menyifatkannya sebagai "serangan pengecut" ke atas pesawat yang mempunyai lambang PBB.
Negara itu terus bergolak, dengan 5.7 juta orang hilang tempat tinggal di tengah-tengah krisis makanan, menurut PBB.
Tentera PBB telah ditempatkan di DR Congo sejak 1999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan helikopter
#Congo
#wilayah bergolak
#pasukan pengaman PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan