Skip to main content

Teknologi

Nvidia lancar cip RTX Spark, sasar pasaran PC AI

71761901955_JensenHuang.jpg
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang (foto) menjelang pembukaan pameran teknologi Computex di Taiwan pada Isnin. -Gambar fail

TAIPEI: Nvidia melancarkan cip pemprosesan berkuasa tinggi RTX Spark untuk pasaran komputer riba Windows, dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam segmen komputer berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang menjelang pembukaan pameran teknologi Computex di Taiwan pada Isnin, lapor The Straits Times.

Langkah tersebut menandakan kemasukan Nvidia ke dalam pasaran pemproses komputer peribadi pengguna selepas sekian lama menumpukan kepada cip grafik dan pemproses AI untuk pusat data.

Menurut syarikat itu, platform RTX Spark menggunakan seni bina Arm melalui pemproses N1X yang dibangunkan bersama MediaTek.

“Microsoft dan Nvidia bekerjasama untuk membentuk semula pengalaman PC,” kata Huang.

Beliau berkata peranti generasi baharu itu direka untuk menyokong penggunaan ejen AI yang mampu melaksanakan pelbagai tugas secara berterusan.

Penganalisis industri berpandangan pelancaran itu berpotensi meningkatkan persaingan dalam pasaran pemproses komputer riba yang kini didominasi oleh Intel, AMD, Apple dan Qualcomm.

Barisan komputer riba Windows yang menggunakan cip tersebut dijangka ditawarkan oleh pengeluar utama termasuk Asus, Dell, HP, Lenovo, Microsoft dan MSI, dengan pelancaran dijangka pada penghujung tahun ini.

 

Must Watch Video

Advertisement