awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota renjer Thai maut dalam letupan disyaki perbuatan balas dendam

Bernama
Bernama
21/10/2015
01:45 MYT
Anggota renjer Thai maut dalam letupan disyaki perbuatan balas dendam
Polis percaya motif pengeboman adalah balas dendam kerana mangsa, Ismail Cherna, 54, pernah menembak mati seorang anggota militan pada 2013. - Gambar hiasan
Balas dendam disyaki sebagai motif kematian seorang anggota renjer dalam satu letupan bom di sini pada Selasa.
Polis percaya motif pengeboman adalah balas dendam kerana mangsa, Ismail Cherna, 54, pernah menembak mati seorang anggota militan pada 20 Oktober 2013, kata Ketua Polis Daerah Takbai Kolonel Polis Jiradej Praswang.
Ismail terkorban apabila sebutir bom yang diletakkan pada keretanya meletup ketika beliau sedang memandunya dalam kejadian pukul 4 petang semalam.
Kejadian berlaku di Pekan Takbai, yang bersempadan dengan Pengkalan Kubor, Kelantan, Malaysia.
Jiradej berkata bom buatan sendiri seberat 10 kg dilekatkan di bawah kereta mangsa dan diletup dengan menggunakan walkie talkie.
Letupan bom itu telah memusnahkan bahagian hadapan kereta berkenaan dan mayat mangsa terhimpit dalam kereta, kata beliau.
Mangsa bekerja di Pejabat Daerah Takbai dan ketika kejadian beliau sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya 200 meter daripada tempat kerjanya.
Topic Berkaitan
#Ismail Cherna
#letupan bom
#mati
#Narathiwat
#renjer Thailand
#Takbai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan