awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336

Bernama
Bernama
17/06/2023
01:41 MYT
Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336
Sebanyak 10 lagi mayat ditemukan ketika polis menjalankan operasi penggalian di Hutan Shakahola Kenya, menjadikan angka kematian mangsa kebuluran kumpulan ajaran sesat meningkat kepada 336. - Gambar AP
NAIROBI (Kenya): Sebanyak 10 lagi mayat ditemukan ketika polis menjalankan operasi penggalian di Hutan Shakahola Kenya, menjadikan angka kematian mangsa kebuluran kumpulan ajaran sesat meningkat kepada 336.
Jumlah mangsa yang ramai menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki, memohon maaf dan mengakui bahawa pihak berkuasa sepatutnya dapat mencegah kematian-kematian itu.
"Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Kenya hari ini seperti yang dilakukan oleh presiden kami. Adalah jelas bahawa terdapat kelalaian dalam rejim kerajaan sekarang dan sebelum ini yang menyebabkan kematian ramai rakyat di Shakahola," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.
Operasi mengeluarkan mayat yang memasuki fasa ketiga dua minggu lalu, telah ditangguhkan sementara bagi menjalankan autopsi ke atas mayat yang dijumpai.
Beratus-ratus mayat ditemukan di Hutan Shakahola sejak April semasa siasatan dijalankan ke atas kultus yang diketuai Pastor Paul Nthenge Mackenzie.
Mackenzie dituduh mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk berlapar supaya mereka dapat masuk ke syurga sebelum kiamat.
Siasatan mendapati beberapa mangsa kehilangan organ mereka, yang menimbulkan kecurigaan tentang perdagangan organ manusia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenya
#ajaran sesat
#mangsa kebuluran
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan