awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256

Bernama
Bernama
01/08/2024
08:36 MYT
Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256
Fokus utama kini adalah untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit di kawasan terjejas memandangkan hujan berterusan dan banyak mayat masih tertimbus. - Reuters
NEW DELHI: Angka kematian akibat tanah runtuh di Kerala, india meningkat kepada 256 setakat ini, menurut Menteri Kesihatan negeri, Veena George pada Khamis.
Beliau berkata antara fokus utama kerajaan negeri adalah untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit di kawasan berkenaan memandangkan hujan berterusan dan banyak mayat masih tertimbus.
"Setakat ini, kami telah menjalankan bedah siasat ke atas 256 mayat, termasuk bahagian-bahagian badan manusia. Sebanyak 154 mayat diserahkan kepada pentadbiran daerah selepas bedah siasat.
"Sampel bahagian-bahagian badan yang ditemui sedang dikumpulkan dan ujian DNA ke atas mayat juga sedang dijalankan.
"Ini akan membantu kami mengenal pasti mayat dan anggota badan pada peringkat seterusnya.
"Saya telah melawat hospital dan kem-kem bantuan. Keutamaan kami adalah memberikan sokongan psikologi dan fokus pada pengawalan penyakit berjangkit," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, seramai 220 orang lagi masih hilang dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan.
Tiga kejadian tanah runtuh melanda kawasan Meppadi di daerah Wayanad, Kerala, awal pagi Selasa ketika orang ramai masih tidur.
Insiden ini disifatkan sebagai antara tragedi terburuk dalam sejarah negeri selatan itu.
Kerajaan negeri menubuhkan kem-kem sementara dan kini menempatkan lebih 3,500 orang yang hilang tempat tinggal akibat tragedi itu.
Beribu-ribu anggota Tentera Darat, Tentera Udara, Tentera Laut, Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, badan pengurusan bencana peringkat negeri, polis tempatan, doktor, pasukan perubatan dan pegawai pentadbiran telah dihantar untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa yang terselamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka kematian
#tanah runtuh
#Kerala
#mayat tertimbus
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan