awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 404 apabila Israel teruskan genosid

Bernama
Bernama
18/03/2025
14:31 MYT
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 404 apabila Israel teruskan genosid
Tentera Israel menyatakan pada awal pagi Selasa bahawa mereka telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, serangan terbesar sejak gencatan senjata dengan kumpulan Palestin Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari. - Reuters
ANKARA: Sekurang-kurangnya 404 rakyat Palestin terbunuh dan 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Selasa, melanggar gencatan senjata yang berlangsung hampir dua bulan, menurut Kementerian Kesihatan.
"Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.
Tentera Israel menyatakan pada awal pagi Selasa bahawa mereka telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, serangan terbesar sejak gencatan senjata dengan kumpulan Palestin Hamas berkuat kuasa pada 19 Jan.
Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata keseluruhan keluarga termasuk dalam kalangan mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel, dengan ambulans dan pasukan pertahanan awam tidak dapat membawa semua mangsa ke hospital.
"Pembunuhan kejam ini mengesahkan sekali lagi bahawa tentera pendudukan Israel hanya mengetahui bahasa pembunuhan, kemusnahan, dan genosid," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa penyambungan semula pembunuhan di Gaza bertepatan dengan pengepungan menyeluruh yang dikenakan ke atas wilayah itu dan penutupan sepenuhnya laluan keluar masuk, yang memburukkan krisis kemanusiaan dan menyebabkan lebih 2.4 juta rakyat Palestin kekurangan keperluan asas.
Pejabat media itu menggesa masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan PBB dan kumpulan hak asasi manusia, untuk memecahkan kebuntuan sikap tidak bertindak serta mengambil tindakan segera bagi menghentikan pembunuhan di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#genosid
#Pembunuhan
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan