Skip to main content

Dunia

AS: Angka kematian nahas jalan raya akibat asap tebal meningkat kepada 8 orang

61698228888_tbsuperfog.jpg
HOUSTON: Angka kematian akibat nahas jalan raya yang membabitkan 168 buah kenderaan pada Isnin lalu meningkat kepada lapan orang, manakala 63 lagi cedera.

Pihak berkuasa pada petang Selasa berkata kemalangan itu disebabkan oleh 'asap tebal' atau "super fog" daripada kebakaran paya di selatan Louisiana.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata asap tebal itu mengakibatkan jarak penglihatan yang terhad, lapor Xinhua.

Kemalangan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan terbakar.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video