awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban akibat banjir, tanah runtuh di Sumatera cecah 1,006 orang, 217 masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2025
23:15 MYT
Angka korban akibat banjir, tanah runtuh di Sumatera cecah 1,006 orang, 217 masih hilang
Seorang lelaki berjalan berhampiran pokok tumbang di kawasan yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat di Padang, wilayah Sumatera Barat, Indonesia. - Foto REUTERS
JAKARTA: Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia, meningkat kepada 1,006 orang, manakala 217 lagi masih dilaporkan hilang, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Sabtu.
Sekurang-kurangnya 5,400 orang cedera dalam bencana tersebut
Bencana yang melanda wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat itu turut menyebabkan kerosakan infrastruktur yang meluas.
Menurut BNPB, sebanyak 1,200 kemudahan awam rosak, termasuk 219 fasiliti kesihatan, 581 institusi pendidikan, 434 rumah ibadat, 290 bangunan pejabat dan 145 jambatan.
Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB, Abdul Muhari, berkata bahawa proses pengesahan data dan semakan silang dengan rekod sivil sedang dijalankan di peringkat kecamatan.
Beliau menjelaskan bahawa identiti mangsa sedang disahkan berdasarkan nama dan alamat, dan proses itu masih diteruskan di beberapa daerah.
Pihak berkuasa juga telah melaksanakan modifikasi cuaca secara berterusan di ketiga-tiga wilayah terjejas bagi mengelakkan hujan lebat mengganggu operasi menyelamat dan penghantaran bantuan melalui udara.
Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semasa lawatannya ke kawasan bencana di Aceh pada Jumaat, berkata kerajaan sedang berusaha memenuhi keperluan asas penduduk yang terjejas dan akan terus menyalurkan bantuan sewajarnya.
Topic Berkaitan
#banjir
#tanah runtuh
#angka korban
#penghantaran bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan