awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2026
06:00 MYT
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
Presiden Pas (berkerusi roda) ditemui pemberita selepas menyertai program Permukiman Pas di sebuah hotel, di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
BANGI: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menafikan dakwaan bahawa partinya mahu mengetepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perikatan Nasional (PN).
“Tak betul, tak betul (mahu mengetepikan Muhyiddin),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menyertai program Permukiman Pas diadakan di sebuah hotel, di sini pada Ahad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, sebaliknya Pas mahu meneruskan perpaduan dalam PN dan perkara itu turut disentuh dalam permukiman tahunan berkenaan namun tidak dibincangkan.
Terdahulu, Abdul Hadi tiba di Hotel Tenera kira-kira jam 9.40 pagi dengan menggunakan kerusi roda, dibantu oleh pegawainya, bagi menghadiri permukiman tahunan Pas Pusat pada hari ketiga itu.
Sementara itu, Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika ditemui pemberita menegaskan pemukiman tiga hari yang dijalankan adalah acara rutin setiap awal tahun dan tiada kaitan dengan krisis politik.
"Seperti disebut Tuan Guru Datuk Seri Timbalan Presiden (Tuan Ibrahim Tuan Man), dalam permukiman, selama tiga hari ini biasa kami buat, jadi tiada kaitan dengan isu Perlis atau PN kerana telah disusun lebih awal," ujarnya.
Menurut beliau, pemukiman tersebut menumpukan kepada perbincangan strategi, pentadbiran, dan pengurusan melibatkan negeri-negeri serta dewan-dewan.
Acara ini juga menjadi platform untuk mengkaji persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti Melaka dan Terengganu, malah persiapan awal bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Kita jangkakan PRN Melaka dan PRN Sarawak mungkin tahun ini, malah PRU16 pun mungkin berlaku pada tahun ini, jadi rutin di awal tahun Pas Pusat, Majlis Syura, dewan dewan dan juga negeri," ujarnya.
Beliau menegaskan suasana sepanjang pemukiman adalah sangat harmoni, dengan perbincangan diatur secara seimbang, bagi memastikan semua pihak selaras dalam menentukan hala tuju dan kerja yang akan dilaksanakan untuk tempoh seterusnya. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#Presiden Pas
#Abdul Hadi Awang
#ketepi Muhyiddin
#pemukiman Pas
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan