awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban akibat kebuluran di Gaza meningkat kepada 227, termasuk 103 kanak-kanak

Bernama
Bernama
12/08/2025
11:45 MYT
Angka korban akibat kebuluran di Gaza meningkat kepada 227, termasuk 103 kanak-kanak
Jumlah kematian akibat kekurangan zat makanan di tengah-tengah krisis bekalan makanan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 227 orang, termasuk 103 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Jumlah kematian akibat kekurangan zat makanan di tengah-tengah krisis bekalan makanan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 227 orang, termasuk 103 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan lima kematian akibat kebuluran dan malnutrisi dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk dua kanak-kanak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kebuluran kepada 227 orang, termasuk 103 kanak-kanak," menurut kementerian itu.
Menurut data pihak berkuasa Gaza, seramai 173 orang meninggal dunia akibat kebuluran di Semenanjung Gaza sejak awal 2025, 50 orang pada 2024 dan empat orang lagi pada tahun sebelumnya.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk pada Isnin lepas berkata tindakan Israel menafikan makanan kepada orang awam di Gaza boleh dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan, sambil menyifatkan imej penduduk Gaza yang kebuluran sebagai "menyayat hati dan tidak dapat diterima".
Turk berkata Israel terus menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan jumlah bantuan yang dibenarkan masuk adalah jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan.
Selepas menyambung semula sebahagian penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dari 27 Julai hingga 10 Ogos, Israel membenarkan 1,334 trak memasuki wilayah separuh terkepung itu, yang hanya menampung tidak lebih daripada 14 peratus keperluan bantuan penduduk. Menurut pihak berkuasa tempatan, kebanyakan trak itu dijarah dengan kerjasama tentera Israel.
Bagi memenuhi keperluan asas makanan, bahan api dan ubat-ubatan secukupnya, sekurang-kurangnya 600 trak perlu dibenarkan memasuki Gaza setiap hari, menurut anggaran pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban akibat kebuluran
#Gaza
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan