ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Mac 2026.
1. Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri di Merbok
Advertisement
Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Kampung Belau, di sini, awal pagi tadi.
2. PLUS jangka 2.3 juta kenderaan sehari hujung minggu ini
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara antara 2 hingga 2.3 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari puncak bermula 27 hingga 29 Mac ini untuk perjalanan pulang ke ibu kota.
3. Hannah Yeoh laksana 13 langkah reformasi dalam 100 hari
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh telah melaksanakan 13 reformasi di ibu negara dalam 100 hari pertama memegang jawatan itu bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan ketelusan pentadbiran.
4. Kelucahan melampau di jirat Cina, pasangan dipenjara setahun
Pasangan yang melakukan aksi kelucahan melampau di sebuah tanah perkuburan Cina di Pulau Pinang, Ahad lepas dijatuhi hukuman penjara setahun.
5. Remaja perempuan antara lima direman kes penemuan rangka bayi
Seorang remaja perempuan yang dipercayai ibu kepada rangka bayi ditemukan ditanam di Kelemak di Melaka, antara lima yang direman.
6. Penghantar makanan pukul isteri hamil dipenjara empat bulan
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman empat bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Muhammad Aidil Azahar Rahmat.
7. Anwar zahir penghargaan kepada Presiden Iran beri laluan tangki minyak negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Iran Masoud Pezeshkian kerana memberikan laluan untuk kapal tangki minyak Malaysia melintasi Selat Hormuz.
8. Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini.
9. Rayuan 1MDB dan 10 syarikat lain terhadap Rosmah, 6 April
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 April ini untuk mendengar rayuan yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama 10 syarikat lain berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak penggunaan satu afidavit dalam permohonan injunksi Mareva terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
10. Perutusan Khas: Kelayakan RON95 diselaras kepada 200 liter sebulan – PM Anwar
Kerajaan memutuskan untuk menyelaraskan kelayakan subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI95 kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April, berbanding 300 liter sebelum ini.