awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 61,000 orang

Bernama
Bernama
05/08/2025
15:25 MYT
Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 61,000 orang
Sekurang-kurangnya 61,020 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, termasuk 188 yang meninggal dunia akibat kebuluran. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 61,020 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, termasuk 188 yang meninggal dunia akibat kebuluran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kementerian Kesihatan pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 87 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas manakala 644 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera dalam serangan Israel meningkat kepada 150,671 orang.
Kementerian itu turut melaporkan lapan lagi kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah korban akibat kebuluran sejak Oktober 2023 meningkat kepada 188 orang, termasuk 94 kanak-kanak.
Ia turut menyatakan bahawa 52 rakyat Palestin terbunuh dan 352 lagi cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah korban ketika mendapatkan bantuan meningkat kepada 1,568 orang, dengan lebih 11,230 yang lain cedera sejak 27 Mei.
Pada Jumaat, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa kanak-kanak di Gaza sedang mati pada kadar "yang tidak pernah berlaku sebelum ini" susulan kebuluran dan keadaan yang semakin merosot akibat perang Israel.
Menurut anggaran Program Makanan Sedunia (WFP), seorang daripada setiap empat rakyat Palestin di Gaza kini berdepan keadaan seperti kebuluran, manakala 100,000 wanita dan kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akut.
Tentera Israel menyambung semula serangannya ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac dan sejak itu telah membunuh 9,519 orang serta mencederakan 38,630 yang lain, sekali gus menggagalkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban di Gaza
#rakyat Palestin
#serangan Israel
#genosid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami