awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza hampiri 51,500, 56 lagi rakyat Palestin maut

Bernama
Bernama
26/04/2025
12:29 MYT
Angka korban di Gaza hampiri 51,500, 56 lagi rakyat Palestin maut
Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka. - Reuters
ANKARA: Serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 56 lagi rakyat Palestin, menjadikan jumlah kematian akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 51,495 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan itu, kementerian memaklumkan seramai 108 lagi mangsa cedera telah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan mencecah 117,524 orang dalam serangan berterusan Israel.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka," menurut kenyataan itu.
Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac, menyebabkan 2,111 orang terkorban dan 5,483 lagi cedera, walaupun gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan telah berkuat kuasa sejak Januari.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban
#Gaza
#serangan Israel
#genosid
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan