awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing
V BTS pecah rekod artis lelaki Korea terpantas capai 70 juta pengikut di Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel

Bernama
Bernama
14/01/2026
03:15 MYT
Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel
Lima individu terkorban manakala enam lagi cedera dan dibawa ke hospital di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Angka kematian akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 71,424 orang, manakala 171,324 lagi cedera sejak bermulanya serangan pada 7 Okt 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sumber perubatan melaporkan pada Selasa bahawa lima individu terkorban manakala enam lagi cedera dan dibawa ke hospital di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.
Beberapa mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalanan berikutan pasukan ambulans serta penyelamat mengalami kesukaran untuk mengakses lokasi berkenaan.
Menurut sumber itu, jumlah keseluruhan kematian sejak gencatan senjata pada 10 Okt telah meningkat kepada 447 orang, dengan bilangan mangsa cedera mencecah 1,246 orang, manakala 697 mayat telah ditemukan.
Pihak perubatan turut melaporkan kematian seorang kanak-kanak berusia setahun akibat cuaca sejuk melampau, menjadikan jumlah kematian kanak-kanak berpunca daripada faktor cuaca sejak awal musim sejuk kepada tujuh orang.
Selain itu, tiga individu dilaporkan maut akibat bangunan runtuh, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam insiden seumpama itu kepada 24 orang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#angka korban
#serangan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami