awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing

Asyraf Malik
Asyraf Malik
14/01/2026
04:50 MYT
Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing
Mohamed (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu. -Gambar Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Seorang warga asing yang juga pengarah syarikat didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah memalsukan surat tawaran atas nama projek ubah suai yang tidak wujud di sebuah kondominium sekitar ibu negara.

Ringkasan AI
  • Seorang warga asing didenda RM50,000 selepas memalsukan surat tawaran projek ubah suai yang tidak wujud di kondominium sekitar ibu negara.
  • Mohamed Jasim, pengarah syarikat asal Bangladesh, mengakui menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu dan penggunaan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Mahkamah memerintahkan bayaran denda RM50,000 dalam tempoh setahun; sebaliknya, hukuman penjara 12 bulan akan dikenakan.

Tertuduh, Mohamed Jasim, 43, membuat pengakuan atas pertuduhan pilihan itu di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, lelaki warga Bangladesh itu memalsukan satu surat tawaran bertarikh 1 Julai 2023 dengan niat supaya digunakan bagi tujuan menipu.
Ia melibatkan kelulusan program rekalibrasi tenaga kerja untuk memutihkan 14 warga asing bagi syarikat pembinaan milik tertuduh.
Tertuduh juga menggunakan surat tawaran palsu tersebut sebagai dokumen tulen bagi urusan bersama Jabatan Imigresen Malaysia.
Perbuatan itu dilakukan pada 27 September 2023 antara jam 2 hingga 3 petang di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Peguam bela, Farith Emier Farhan Morni merayu hukuman ringan memandangkan tertuduh memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tertuduh yang menghidap penyakit darah tinggi juga dikatakan pencari nafkah tunggal bagi lima orang anak, isterinya adalah suri rumah.
Selain itu, tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan sudah menzahirkan rasa insaf agar menghindari sebarang perbuatan bercanggah undang-undang negara.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip mengemukakan hujahan pemberat supaya hakim mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Tambahnya, tindakan tertuduh dilihat mencabar kedaulatan negara apabila cuba memutihkan warga asing yang tidak layak.
Mahkamah kemudian memerintahkan bayaran denda RM50,000 dalam tempoh setahun, jika gagal akan dikenakan hukuman penjara 12 bulan.
Topic Berkaitan
#pemalsuan dokumen
#pengarah syarikat
#pemutihan warga asing
#Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan