awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza meningkat kepada 58,026 orang, lebih 138,000 cedera

Bernama
Bernama
13/07/2025
14:21 MYT
Angka korban di Gaza meningkat kepada 58,026 orang, lebih 138,000 cedera
28 orang terbunuh ketika sedang mendapatkan bantuan dan dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala lebih 180 orang lagi cedera. - Reuters
GAZA: Angka kematian akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 58,026 orang, manakala 138,520 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sumber perubatan pada Ahad malam berkata, daripada jumlah itu, seramai 7,450 maut dan 26,479 cedera sejak 18 Mac lepas, iaitu selepas rejim Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza susulan tamatnya perjanjian gencatan senjata.
Mereka memaklumkan seramai 28 orang terbunuh ketika sedang mendapatkan bantuan dan dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala lebih 180 orang lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban dan tiba di hospital setakat ini kepada 833 dan lebih 5,400 lagi cedera.
Menurut sumber itu, sebanyak 139 mayat dibawa ke hospital di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk lima mayat yang ditemukan semula, sementara 425 orang lagi mengalami kecederaan.
Mereka turut memaklumkan masih terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan, namun pasukan perubatan dan penyelamat tidak dapat mengakses lokasi berikutan serangan berterusan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban
#Gaza
#Palestin
#serangan Israel
#genosid
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan