Angka korban hujan lebat di Mexico meningkat kepada 37 orang

Hujan berterusan yang dicetuskan oleh ribut tropika Raymond di pesisir Lautan Pasifik telah menyebabkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan meluas di beberapa negeri di Mexico. - Gambar/ Reuters
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 37 orang maut selepas hujan lebat berterusan dan kejadian tanah runtuh melanda Mexico sejak beberapa hari lalu, menurut Agensi Penyelarasan Perlindungan Awam Kebangsaan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Agensi itu memaklumkan, 22 kematian direkodkan di negeri Hidalgo di tengah Mexico, sembilan di Puebla, lima di Veracruz dan seorang di Queretaro.
Pihak berkuasa kini menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa serta ribuan penduduk yang terjejas.
Hujan berterusan yang dicetuskan oleh ribut tropika Raymond di pesisir Lautan Pasifik telah menyebabkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan meluas di beberapa negeri di Mexico.Pihak berkuasa tempatan dan nasional dengan bantuan tentera darat serta tentera laut sedang berusaha membuka semula laluan yang terputus, menilai tahap kerosakan dan menyalurkan bantuan kecemasan.
Pegawai perlindungan awam berkata usaha pemulihan dijangka mengambil masa beberapa minggu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami