Setiausaha Agung PBB hadir Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Mesir

Sidang kemuncak itu akan diadakan di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Sharm el-Sheikh pada Isnin untuk memuktamadkan perjanjian yang bertujuan menamatkan perang di Gaza. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres akan berlepas ke Mesir bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Sharm el-Sheikh pada Isnin, kata Pejabat Jurucakap Setiausaha Agung PBB pada Sabtu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres akan menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Sharm el-Sheikh di Mesir pada Isnin, yang bertujuan memuktamadkan perjanjian untuk menamatkan perang di Gaza.
- Sidang kemuncak itu dipengerusikan bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden AS Donald Trump, serta menghimpunkan pemimpin dari lebih 20 negara bagi memperkukuh keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.
- Guterres dijangka kembali ke Ibu Pejabat PBB pada Rabu selepas menyertai sidang kemuncak yang berlangsung di pusat peranginan Laut Merah Mesir.
Mesyuarat itu, yang akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden AS Donald Trump, bakal menghimpunkan pemimpin dari lebih 20 negara untuk menamatkan perang di Semenanjung Gaza, meningkatkan usaha untuk membawa keamanan dan kestabilan ke Timur Tengah dan memulakan fasa baharu keselamatan dan kestabilan serantau, menurut Presiden Mesir.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami