awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran hutan Korea Selatan meningkat kepada 31

Bernama
Bernama
02/04/2025
04:50 MYT
Angka korban kebakaran hutan Korea Selatan meningkat kepada 31
Kebakaran hutan yang dilihat dari udara di Uiseohg, Korea Selatan. - Foto REUTERS
SEOUL: Angka korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Korea Selatan yang melanda wilayah tenggara sehingga minggu lepas meningkat kepada 31 orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan seorang mangsa yang mengalami kecederaan serius dalam kebakaran hutan di Wilayah Gyeongsang Utara meninggal dunia ketika menerima rawatan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 31 orang.
Seramai lapan lagi mengalami kecederaan serius, manakala 36 cedera ringan.
Kebakaran hutan itu turut memusnahkan 4,015 rumah, 1,914 kemudahan pertanian dan ternakan, tujuh kuil serta 986 struktur lain.
Kira-kira 48,000 hektar kawasan hutan di 11 wilayah terbakar, menyebabkan 3,307 orang kehilangan tempat tinggal.
Setakat 5 petang Selasa, jumlah keseluruhan sumbangan untuk usaha pemulihan mencecah 76.92 bilion won (AS$52.2 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#angka korban
#cedera parah
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan