awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 119

Bernama
Bernama
04/10/2023
08:33 MYT
Angka korban kebakaran majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 119
Suruhanjaya penyiasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu kemalangan. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Angka kematian akibat kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Wilayah Nineveh Iraq meningkat kepada 119 selepas lebih 20 orang maut akibat melecur teruk, Sputnik memetik laporan agensi berita Iraq Shafaq News pada Selasa.
Agensi itu memetik aktivis tempatan sebagai berkata bahawa bapa pengantin perempuan adalah antara mangsa yang terkorban.
Lapan orang telah dikebumikan di daerah Al-Hamdaniya, timur bandar Mosul, pada awal Selasa, menurut laporan itu.
Penasihat kepada menteri dalam negeri Iraq berkata awal minggu ini bahawa sebuah suruhanjaya penyiasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu kemalangan.
Al Jazeera melaporkan, memetik Kementerian Dalam Negeri Iraq, bahawa ramai tetamu meninggal dunia kerana pintu kecemasan di dewan perkahwinan telah ditutup.
Kementerian itu memaklumkan pihak berkuasa telah menahan 14 orang yang terlibat dalam kejadian itu dan menahan pemilik dewan perkahwinan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran majlis perkahwinan
#Iraq
#angka korban
#punca kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan