awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA laksana kajian impak AI terhadap perjawatan perkhidmatan awam - KPPA
KTMB tambah tren ETS sempena Aidilfitri, Tahun Baharu Cina
Pelajar cedera motosikal disondol babi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Karachi meningkat kepada 21 orang

Bernama
Bernama
19/01/2026
21:30 MYT
Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Karachi meningkat kepada 21 orang
Beberapa mayat ditemukan dalam keadaan rentung atau tidak sempurna, sekali gus menyukarkan proses pengecaman segera. - Foto AP
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 21 orang disahkan maut dalam kebakaran besar di sebuah pusat beli-belah di Karachi, ibu negeri wilayah Sindh di selatan Pakistan, menurut pegawai pada Isnin, lapor Xinhua.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Rescue 1122 berkata operasi mencari dan menyelamat di kawasan bandar berskala besar diteruskan di bangunan bertingkat Gul Plaza yang mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran itu. Lebih ramai mangsa dikhuatiri terkorban kerana struktur bangunan masih tidak stabil dan sebahagian besar binaannya telah runtuh.
Kebakaran itu berlaku lewat Sabtu di Gul Plaza, sebuah pusat beli-belah bertingkat yang menempatkan lebih 1,200 kedai di Jalan MA Jinnah, dan api hanya berjaya dikawal selepas lebih 24 jam usaha memadam kebakaran dilakukan pada Ahad.
Ketua Menteri Sindh, Syed Murad Ali Shah berkata lebih 65 orang yang dilaporkan mengunjungi plaza berkenaan masih hilang.
Shah berkata kerajaan wilayah akan memberikan pampasan sebanyak 10 juta rupee Pakistan (kira-kira US$36,000) kepada setiap keluarga mangsa.
Menurut Rescue 1122, beberapa mayat ditemukan dalam keadaan rentung atau tidak sempurna, sekali gus menyukarkan proses pengecaman segera. Prosedur teknikal dan forensik akan digunakan untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. Polis sebelum ini memaklumkan bahawa insiden itu disyaki berpunca daripada litar pintas elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Gul Plaza
#SAR
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan