DUNIA
Angka korban runtuhan bangunan di Pakistan meningkat kepada 27

Kerajaan wilayah Sidh telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kejadian. - Gambar/ Reuters
ISLAMABAD: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan meningkat kepada 27 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berlangsung selama dua hari, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Ringkasan AI
- Seramai 27 orang terkorban dalam runtuhan bangunan di Karachi, Pakistan, termasuk 15 lelaki, sembilan wanita dan tiga kanak-kanak, selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
- Bangunan yang runtuh telah dikenal pasti sebagai tidak selamat sebelum ini, dan insiden ini menyerlahkan masalah pengabaian kod keselamatan bangunan yang berleluasa di Pakistan, khususnya di Karachi.
- Kerajaan Wilayah Sindh menubuhkan jawatankuasa siasatan, sementara lebih 480 bangunan lain diisytiharkan berbahaya, namun ramai penduduk enggan berpindah walaupun diarahkan.
Terdahulu, Ketua Menteri Wilayah Sindh Murad Ali Shah memaklumkan bahawa kerajaan wilayah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kejadian.
Beliau turut mendedahkan bahawa lebih 480 bangunan di Karachi diisytiharkan sebagai berbahaya, namun ramai penduduk enggan berpindah apabila diarahkan.
Media tempatan menyiarkan imej bangunan yang runtuh itu -- yang sebelum ini telah dikenal pasti sebagai bangunan tidak selamat untuk didiami -- serta memaparkan usaha pasukan penyelamat mengesan mangsa di bawah timbunan runtuhan.
Kod keselamatan bangunan sering diabaikan di Pakistan, menyebabkan kejadian seumpama ini kerap berlaku, khususnya di Karachi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami