DUNIA
Angka korban serangan Sri Lanka disemak semula, berkurangan 106 mangsa
58 orang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam serangan yang melibatkan beberapa gereja dan hotel mewah di negara itu. - Gambar fail/REUTERS
Pihak berkuasa Sri Lanka meyemak semula angka kematian susulan serangan pada Hari Easter Ahad lalu kepada 253 mangsa, berkurangan daripada 359 mangsa seperti yang diumumkan sebelum ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Anil Jasinghe berkata percanggahan itu berlaku disebabkan oleh data rumah mayat yang dilaporkan tidak tepat.
Selain itu jelasnya terdapat terlalu banyak cebisan mayat yang menyukarkan untuk pihaknya memberikan jumlah yang tepat.
BACA: Kerajaan akui terima amaran dari pihak perisikan
BACA: Setiausaha Pertahanan Sri Lanka letak jawatan
Dalam pada itu 58 orang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam serangan yang melibatkan beberapa gereja dan hotel mewah di negara itu.
Kini polis sedang memburu sekurang-kurangnya lima lagi suspek serta bersedia untuk menghadapi kemungkinan akan ada serangan baharu dalam beberapa hari akan datang.