Berita  | Dunia

Tragedi Sri Lanka: Kerajaan akui terima amaran dari pihak perisikan

Tragedi Sri Lanka: Kerajaan akui terima amaran dari pihak perisikan
Jika maklumat yang diterima dikongsi dengan betul oleh pihak berkuasa, serangan tersebut dapat dielak. - Foto fail
SRI LANKA mengakui terima amaran daripada pasukan perisikan India awal bulan ini mengenai rancangan serangan namun ia tidak dikongsikan dengan betul oleh pihak berkuasa.

Dalam satu sidang Parlimen, perkara berkenaan dilihat sebagai satu kegagalan besar pihak berkuasa, lapor BBC News.

"Kita perlu bertanggungjawab kerana sekiranya perkongsian maklumat perisikan itu telah dikongsikan kepada orang yang tepat, saya fikir sekurang-kurangnya (serangan) ini boleh dielakkan atau dikurangkan," kata Timbalan Menteri Pertahanan Ruwan Wijewardene dalam sidang itu.

Menurut laporan portal CNN pada Selasa, amaran yang dikeluarkan beberapa minggu dan hari sebelum kejadian tersebut berlaku adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sesi soal siasat bersama suspek gerakan pengganas antarabangsa, Daesh yang ditahan di India.

Suspek tersebut mendedahkan nama seorang lelaki, Zahran Hashim yang dilatihnya di Sri Lanka, terlibat dalam rancangan serangan tersebut.

Susulan serangan itu, Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena telah bertindak memecat setiausaha pertahanan dan inspektor jeneral polis.

Setakat ini, lapan dari sembilan penyerang telah dikenalpasti sebagai warga Sri Lanka.

Ketika ini kerajaan Sri Lanka sedang menyiasat sama ada kumpulan Militan Daesh terlibat dalam serangan yang telah mengakibatkan lebih 320 orang terbunuh.

Laporan turut menunjukkan seorang penyerang pernah belajar di UK dan Australia sebelum kembali ke Sri Lanka.

Ketua Parlimen Lakshman Kiriella mendakwa pegawai kanan pihak berkuasa sengaja menahan perisikan mengenai kemungkinan serangan.




Tag: Sri Lanka, Daesh, suspek, Ruwan Wijewardene, serangan, pengganas


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.