awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban Taufan Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 159, ratusan masih hilang

Bernama
Bernama
30/11/2025
12:30 MYT
Angka korban Taufan Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 159, ratusan masih hilang
Angka korban akibat Taufan Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 159 orang, dengan sekurang-kurangnya 203 lagi masih hilang. - Foto REUTERS
COLOMBO (Sri Lanka): Angka korban akibat Taufan Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 159 orang, dengan sekurang-kurangnya 203 lagi masih hilang, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik media tempatan.
Media Sri Lanka melaporkan bahawa paras air banjir di beberapa kawasan di ibu negara Colombo pada Ahad meningkat selepas Taufan Ditwah menyebabkan kemusnahan besar dan meragut sekurang-kurangnya 159 nyawa di seluruh negara.
Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake mengisytiharkan darurat malam tadi bagi menangani kesan taufan itu dan merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa.
Pusat Pengurusan Bencana Sri Lanka melaporkan bahawa bahagian utara Colombo mengalami banjir teruk, dengan Sungai Kelani terus meningkat parasnya.
Pusat itu menyatakan bahawa walaupun hujan telah reda di seluruh pulau, banyak jalan di Wilayah Tengah yang paling terjejas masih tidak boleh dilalui.
Banjir dan taufan itu memusnahkan lebih 20,000 rumah dan memaksa 122,000 orang berpindah ke pusat penempatan sementara yang dikendalikan kerajaan. Seramai 833,000 lagi memerlukan bantuan kerajaan selepas dipindahkan akibat banjir.
Pegawai berkata kira-kira satu pertiga daripada negara itu masih tanpa bekalan elektrik atau air berikutan kerosakan talian kuasa dan loji penyahgaraman, manakala sambungan Internet turut terjejas.
Pada waktu ini setiap tahun, Sri Lanka mengalami hujan lebat akibat monsun timur laut, yang bertambah kuat sejak beberapa hari lalu berikutan sistem tekanan rendah yang menjejaskan bahagian timur pulau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Ditwah
#angka korban
#Sri Lanka
#meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan