awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjing peliharaan yang hilang dalam taufan tahun lepas ditemui semula

AFP
AFP
25/11/2014
14:18 MYT
Anjing peliharaan yang hilang dalam taufan tahun lepas ditemui semula
Bandar Tacloban terjejas teruk akibat Taufan Haiyan selain menyebabkan 7,350 hilang dan mati - Gambar fail
Seorang wanita Filipina kini disatukan semula bersama anjing peliharaannya selepas setahun hilang akibat taufan yang paling dahsyat berlaku di negara itu.
Anjing kacukan yang berusia 9 tahun itu, Bunny selamat mengharungi ombak besar yang terhasil daripada Taufan Super Haiyan, namun hilang selepas tragedi 8 November itu, kata pemilik anjing tersebut Ailyn Metran kepada AFP.
Metran dan suaminya menemui anjing peliharaan mereka dalam keadaan yang kurus ketika berkeliaran disekitar tong sampah di pusat bandar Tacloban bulan lepas.
"Kami ternampak seekor anjing yang kelihatan seperti Bunny. Saya pun memanggil namanya dan dia datang ke arah saya," kata Metran.
Bandar Tacloban sebelum ini terjejas akibat serangan ribut yang paling teruk pernah berlaku di rantau Asia Tenggara mengakibat 7350 mangsa hilang dan mati.
Metran, 34, yang bekerja di syarikat insurans kesihatan berkata keluarganya telah beredar daripada rumah mereka di Tacloban sebelum kejadian taufan itu berlaku tanpa membawa tiga anjing peliharaan mereka.
Dua daripada anjing itu mati lemas kecuali Bunny. Apabila Metran pulang dua hari kemudian, dia menemui Bunny di bilik tidur dalam keadaan yang menyedihkan.
Namun mereka diarahkan untuk beredar daripada bandar itu berikutan amaran bencana itu. Tidak sempat untuk membawa Bunny bersama mereka, Bunny ditinggalkan bersama saudara mereka.
Bunny kemudian hilang dalam kemelut serangan ribut yang merosakkan bandar itu, kata Metran.
"Bagi mangsa yang kelihangan banyak harta benda, haiwan kesayangan mereka adalah penting buat mereka kerana ia mengingatkan apa yang terjadi kepada mereka sebelum ini," kata Pengarah Eksekutif Badan Kebajikan Haiwan Filipina, Anna Cabrera.
Topic Berkaitan
#anjing
#Badan Kebajikan Haiwan Filipina
#Filipina
#taufan
#taufan Haiyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan