Anti-Israel: Ratusan warga Indonesia tunjuk perasaan di Jakarta

Astro Awani
Mei 18, 2021 16:02 MYT
Demonstrasi itu diwakili oleh pelbagai persatuan, antaranya daripada golongan mahasiswa, gabungan pekerja dan beberapa pertubuhan lain. - AP Photo/Dita Alangkara
RATUSAN rakyat Indonesia mengadakan protes di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta bagi membantah pendirian kuasa besar berhubung penindasan Israel terhadap Palestin.
Rata-rata mereka yang berkumpul di sepanjang jalan utama kedutaan itu mengibarkan bendera Palestin berserta sepanduk yang bertulis ‘Bebaskan Palestin’.
Lebih 1,000 anggota polis dikerahkan ke sekitar kawasan tersebut bagi mengawal demonstrasi.
Demonstrasi itu diwakili oleh pelbagai persatuan, antaranya daripada golongan mahasiswa, gabungan pekerja dan beberapa pertubuhan lain.
Kesemua mereka membantah dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menyerang penduduk di Palestin.
Indonesia merupakan negara majoriti penduduk Muslim.
Seperti Malaysia, ia tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel.
#Indonesia #Israel #Jakarta #Amerika Syarikat #protes #Palestin #Zionis #kekejaman israel