awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Haluk bincang usaha kukuh pertahanan Malaysia-Turkiye

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/01/2026
09:38 MYT
Anwar, Haluk bincang usaha kukuh pertahanan Malaysia-Turkiye
Anwar menerima kunjungan Gorgun (tiga, kanan) di Ankara. - Gambar/ Bernama
ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari kedua lawatan rasmi beliau ke Turkiye dengan menerima kunjungan hormat Setiausaha Industri Pertahanan, Sekretariat Industri Pertahanan Presiden Republik Turkiye, Prof Haluk Gorgun.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Industri Pertahanan Turkiye, membincangkan perkuatan hubungan kedua negara dalam aspek pembangunan keupayaan, pemindahan teknologi, dan pembangunan modal insan untuk industri pertahanan.
  • Kerjasama diingatkan perlu berlandaskan prinsip saling melengkapi dan manfaat bersama, selaras dengan kepentingan keselamatan serantau serta kedaulatan negara, seiring dengan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke Turkiye.
  • Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye mencatatkan jumlah bernilai RM21.2 bilion pada 2025, menjadikan Turkiye sebagai rakan ekonomi penting bagi Malaysia dengan kehadiran sebagai rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia pada 2024.

Menerusi catatan di laman media sosialnya, pertemuan yang berlangsung di Ankara itu membuka ruang perbincangan konstruktif bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Turkiye.
“(Pertemuan ini membuka ruang) khususnya dalam aspek pembangunan keupayaan, pemindahan teknologi, serta latihan dan pembangunan modal insan sebagai teras kelestarian industri pertahanan negara.
“Kami turut menyentuh kerjasama sedia ada yang telah terjalin menerusi syarikat-syarikat pertahanan kedua-dua negara, dengan penegasan bahawa usaha ini wajar diperkasakan ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, kerjasama itu harus berlandaskan prinsip saling melengkapi dan manfaat bersama, selari dengan kepentingan keselamatan serantau serta kedaulatan negara.
Beliau kini berada di Turkiye bagi lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri, bermula 6 hingga 8 Januari.
Awal hari ini, Perdana Menteri berkesempatan memberi penghormatan dengan menziarahi makam Mustafa Kemal Ataturk, tokoh agung Turkiye.
“Saya turut dibawa meninjau persekitaran kompleks ini termasuk muzium yang menghimpunkan naratif sejarah, pengorbanan dan visi besar pembinaan negara bangsa Turkiye.
“Kunjungan ini memberi ruang renungan yang mendalam tentang makna kepemimpinan, pengabdian kepada tanah air serta pentingnya nilai kenegaraan dalam membina masa depan adil dan bermaruah,” katanya lagi.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (AS$4.92 bilion) dan republik itu terus menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia.
Pada 2024, Turkiye merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia, iaitu destinasi eksport terbesar serta sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (AS$5.28 bilion).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Turkiye
#Haluk Gorgun
#industri pertahanan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan