awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Solusi Dua Negara: Palestin tidak akan serahkan hak, Israel tidak mahu lepaskan tanah dijajah - Penganalisis
SUKAN
Isu penagihan dadah jenis ATS dalam perhatian Kabinet - Hannah Yeoh
MALAYSIA
JKR Kelantan laksana kajian pembaikan cerun runtuh LRA Bukit Merah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Anwar hargai sarjana tempatan, terjemah karya ‘The Asian Renaissance’ ke bahasa Itali

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/07/2025
23:00 MYT
Anwar hargai sarjana tempatan, terjemah karya ‘The Asian Renaissance’ ke bahasa Itali
Menurut Anwar, usaha penterjemahan ini merupakan jambatan pemikiran dan idea yang merapatkan jurang kefahaman antara Timur dan Barat, khususnya dalam lanskap dunia yang semakin berpecah belah. - Foto BERNAMA
ROM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap usaha dua sarjana Itali, Andrea Fais dan Stefano Bonilauri, yang menterjemahkan karya beliau, ‘The Asian Renaissance’, ke dalam bahasa Itali.
Karya tersebut, yang diterbitkan lebih dua dekad lalu, menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia berasaskan nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global serta dominasi wacana Barat.
“Saya amat menghargai dedikasi mereka dalam menterjemahkan karya ini, yang membolehkan idea-idea besar tentang demokrasi dan pembangunan berteraskan nilai dapat dikongsi dan difahami lebih meluas oleh khalayak antarabangsa,” katanya.
Menurut Anwar, usaha penterjemahan ini bukan sekadar kerja akademik, tetapi merupakan jambatan pemikiran dan idea yang merapatkan jurang kefahaman antara Timur dan Barat, khususnya dalam lanskap dunia yang semakin berpecah belah.
“Moga karya ini terus menjadi sumber inspirasi dalam usaha kita memperjuangkan kebangkitan semula nilai-nilai kemanusiaan, ilmu dan keadilan sejagat,” katanya.
Topic Berkaitan
#kerja akademik
#khalayak antarabangsa
#jurang kefahaman
#jambatan pemikiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami