awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar kecam kegagalan masyarakat antarabangsa hentikan kekejaman Israel di Gaza

Bernama
Bernama
22/08/2024
14:09 MYT
Anwar kecam kegagalan masyarakat antarabangsa hentikan kekejaman Israel di Gaza
Anwar menyatakan sokongannya untuk menghentikan kezaliman perang di Gaza dengan segala cara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekecewaannya terhadap "kegagalan sepenuhnya" masyarakat antarabangsa dalam mendesak menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
"Saya gagal memahaminya, terus terang. Saya benar-benar sedih dengan kegagalan sepenuhnya masyarakat antarabangsa atas nama demokrasi dan hak asasi manusia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan India Today di luar lawatan rasmi tiga hari ke New Delhi minggu ini.
Anwar berkata beliau baru-baru ini bercakap dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengenai kemajuan rundingan gencatan senjata serta perkembangan di rantau itu.
Dalam perbualannya dengan pemimpin berkenaan, Anwar menyatakan sokongannya untuk menghentikan kezaliman perang di Gaza dengan segala cara.
Anwar berkata beliau tidak membenarkan kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak, dan bahkan dalam perbincangan dengan pemimpin Hamas, beliau memberitahu mereka sebagai seorang sahabat, beliau mendukung keamanan dan penyelesaian damai terhadap konflik itu.
"Saya tidak menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas, kerana mereka berjuang untuk kebebasan mereka. Jika anda keras dengan keganasan, bagaimana dengan penjajahan, bagaimana pula dengan politik perampasan? Mengapa ada piawaian berganda?," tanya beliau.
Beliau berkata kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dan tanah mereka bukan bermula pada 7 Okt tahun lalu, tetapi telah berterusan sejak lebih 70 tahun lepas.
"Bagi saya, hentikan dahulu penjajahan, mustahil seseorang yang waras pada zaman sekarang ini boleh membenarkan pencerobohan, penjajahan.
"Tetapi ini telah dibenarkan dan mereka memberi berbagai alasan untuk merasionalkan (serangan) itu hanya kerana 7 Okt. Jadi, mengapa ada sikap meremehkan ini?," katanya.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 93,000 sejak 7 Okt, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata segera.
Sekatan yang berterusan juga menyebabkan enklave itu mengalami kekurangan keperluan asas yang teruk termasuk makanan, air bersih, ubat-ubatan dan bahan api manakala sebahagian besar bangunan di Gaza tinggal dalam bentuk runtuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#lawatan rasmi
#pengganas
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan