awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Apa salah dia?” - Keluarga Gaza ratapi pemergian anak 3 tahun ditembak mati Israel

Agensi
Agensi
11/06/2025
00:40 MYT
“Apa salah dia?” - Keluarga Gaza ratapi pemergian anak 3 tahun ditembak mati Israel
Perang yang berlanjutan mencetuskan krisis kemanusiaan yang amat kritikal di Gaza. - Gambar hiasan Reuters
KHAN YOUNIS: Suasana pilu menyelubungi Hospital Nasser, di sini, apabila seorang ibu, Amal Abu Shalouf, mengucapkan selamat tinggal buat anak lelakinya yang berusia tiga tahun, Amir – mangsa terbaharu kekejaman serangan di Gaza.
Dengan tangan menggigil, Amal membelai wajah dan rambut anaknya buat kali terakhir sebelum tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam beg mayat.
“Amir, sayangku… anakku,” rintihnya sambil teresak-esak di tengah kesesakan kawasan hospital utama di selatan Gaza yang turut dipenuhi mayat lain berbalut kain putih.
Menurut agensi pertahanan awam Gaza, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Selasa ketika tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan di selatan wilayah itu – lebih 20 bulan selepas perang meletus susulan serangan Hamas terhadap Israel pada 2023.
AFP melaporkan, pihak tentera Israel tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung kematian Amir Abu Shalouf.
Mayat Amir dibawa oleh seorang lelaki yang merempuh orang ramai untuk meletakkan jasad kanak-kanak itu ke ruang persemadian.
“Saya tak mampu tahan… saya tak sanggup,” kata abangnya, Ahmad Abu Shalouf dalam tangisan yang sukar dikawal.
“Apa salah dia?” soal seorang lagi abang, Mohammad Abu Shalouf. “Dia hanya budak kecil yang duduk di dalam khemah. Tiba-tiba sebutir peluru mengenai belakang badannya.”
Mohammad berkata, dia menemui adiknya dalam keadaan berdarah apabila kembali ke khemah keluarga mereka yang kini menjadi tempat berteduh di kawasan pantai Al-Mawasi, berhampiran Khan Younis – penempatan sementara yang menampung ribuan rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal.
Impian Amir hanya secebis daging
Menurut Amal, anak kecilnya kebelakangan ini kerap merayu meminta makanan dan pernah mengadu ingin merasa secebis daging.
“Tiada makanan, tiada air, tiada pakaian,” luah Amal yang kini terpaksa menjaga lapan orang anak dalam keadaan serba kekurangan.
Amal turut mengalami kecederaan dalam kejadian Subuh yang meragut nyawa anaknya.
“Saya sedang duduk membakar roti. Tiba-tiba ada sesuatu jatuh berhampiran kaki, kemudian saya rasa sakit dan mula menjerit,” katanya.
Amal cuba merangkak mencari ahli keluarga lain sebelum terdengar jeritan anak perempuannya dari dalam khemah.
“Mereka sedang memegang Amir… bahagian perut dan belakangnya penuh darah.”
Doa di bawah bunyi deruman dron
Di halaman hospital, sekumpulan lelaki mengadakan solat jenazah.
Bacaan mereka hampir tenggelam dalam bunyi deruman dron Israel yang berlegar di udara.
Ahmad berdiri di barisan kedua, tangan di perut, menangis tanpa henti sambil menadah doa buat adiknya yang sudah tiada.
Adegan memilukan ini berulang sepanjang hari di hospital tersebut, apabila lebih ramai mangsa dibawa masuk.
Seorang lelaki kurus kering rebah di hadapan mayat yang terbujur, sementara yang lain menangis sambil memeluk tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Di satu sudut, sekumpulan wanita memegang dan menenangkan Umm Mohammad Shahwan, seorang ibu lain yang turut kehilangan anak dalam serangan yang sama.
“Kami hanya mahu peperangan ini dihentikan,” rayu Amal.
“Di Gaza… tiada harapan, tiada keamanan,” katanya lagi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#israel serang gaza
#kanak-kanak 3 tahun maut
#kerakusan Zionis
#rakyat Palestin maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan