awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus

Bernama
Bernama
08/02/2026
12:15 MYT
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat kegiatan menyeludup haiwan ternakan tanpa permit menerusi Ops Taring Kandang di Jalan Baling-Gerik di Gerik hari ini. - Foto hiasan
IPOH: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat kegiatan menyeludup haiwan ternakan tanpa permit menerusi Ops Taring Kandang di Jalan Baling-Gerik di Gerik hari ini.

Ringkasan AI
  • PGA menahan empat lelaki tempatan di Gerik disyaki terlibat menyeludup haiwan ternakan tanpa permit Ops Taring Kandang.
  • Suspek berusia 23 hingga 35 tahun ditahan memindahkan 117 ekor kambing dan 18 ekor lembu tanpa permit sah JPV.
  • Rampasan termasuk 2 lori dan haiwan bernilai RM686,300 diseludup dari negara jiran melalui jalan tikus di sempadan negara.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Balveer Singh Mahindar Singh berkata kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun ditahan dalam kegiatan memindahkan lembu dan kambing tanpa sebarang permit atau dokumen kebenaran bertulis yang sah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Pemeriksaan lanjut ke atas dua lori mendapati 117 ekor kambing dan 18 ekor lembu dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan tikus di sempadan negara,.
"Kesemua rampasan termasuk kedua-dua kenderaan dianggarkan RM686,300," katanya dalam kenyataan hari ini.
Balveer Singh berkata pemandu dan kelindan lori menggunakan modus operandi dengan menutup bahagian belakang lori dengan kain kanvas dan hanya membuka sedikit ruang pada bahagian atas lori untuk pengudaraan bagi haiwan berkenaan.
Beliau berkata suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.
"Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan haiwan yang dirampas telah diserahkan kepada JPV Perak untuk tindakan lanjut.," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am PGA
#Ops Taring Kandang
#seludup haiwan ternakan
#Jalan Baling-Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan