Apa yang anda perlu tahu tentang kontroversi Facebook dan Cambridge Analytica

Syafique Shuib
Mac 20, 2018 23:04 MYT
Kontroversi ini melibatkan 50 juta jaringan data pengguna Facebook yang diakses tanpa kebenaran. - REUTERS/Fail
FACEBOOK hangat diperkatakan setelah sebuah firma dilaporkan menyalah guna data peribadi sekali gus melanggar Polisi Platform aplikasi media sosial itu.
Ia bermula apabila Facebook memaklumkan telah menggantung akaun firma analisis data, Cambridge Analytica, yang pernah membantu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa kempen pilihan raya presiden pada 2016, kerana gagal menghapuskan data pengguna.
Secara amnya ia melibatkan data 270,000 pengguna. Namun oleh kerana firma itu boleh akses maklumat rakan-rakan pengguna, ia kini melibatkan jaringan data melebihi 50 juta pengguna Facebook.
Berikut adalan beberapa fakta tentang kontroversi ini.
Apa itu Cambridge Analytica?
Cambridge Analytica adalah firma analisis data yang berpangkalan di UK. Ia membantu kempen politik mencapai potensi pengundi dalam talian.
Apa kaitan dengan Donald Trump?
Cambridge Analytica dilantik oleh pasukan Donald Trump ketika beliau berkempen untuk jawatan Presiden AS pada 2016.
Dengan data yang diperolehi, syarikat itu membantu dari segi sasaran iklan atas talian, strategi komunikasi, lokasi kempen yang perlu diberi keutamaan, dan juga apa yang perlu dikatakan dalam ucapan.
Bagaimana Cambridge Analytica terima data?
Facebook dalam satu kenyataan berkata Cambridge Analytica menerima data pengguna dari Aleksandr Kogan, seorang pensyarah di University of Cambridge.
Beliau membangunkan aplikasi “thisisyourdigitallife” yang memerlukan pengguna untuk masuk ke akaun Facebook mereka untuk menggunakan aplikasi ini.
Dengan itu, aplikasi ini menerima pelbagai maklumat peribadi seperti jantina, lokasi, dan kandungan apa yang disukai di Facebook.
Kogan memberikan maklumat ini kepada Cambridge Analytica tanpa pengetahuan pengguna dan sekaligus melanggar undang-undang Facebook, atau Polisi Platform.
Facebook digodam?
Akhbar New York Times menyifatkan insiden ini sebagai ‘pelanggaran’ maklumat peribadi dan bukan digodam.
Walaupun Facebook akan membenarkan pembangun aplikasi akses kepada data pengguna, ia tidak membenarkan mana-mana pihak untuk kongsi maklumat itu kepada pihak lain.
Tiada kenyataan rasmi dari Mark Zuckerberg
Setakat ini, Mark Zuckerberg belum isu sebarang kenyataan rasmi.
Namun, ahli parlimen Britain meminta Zuckerberg untuk menunjukkan bukti khususnya kaitan Facebook dan Cambridge Analytica.
Selain itu, Facebook dilaporkan akan melakukan audit ke atas Cambridge Analytica untuk mengetahui sama ada mereka masih mempunyai data itu.
#deletefacebook
Satu kempen dengan hashtag #DeleteFacebook digerakkan setelah pengguna tidak berpuas hati dengan penggunaan data peribadi tanpa kebenaran oleh firma seperti Cambridge Analytica.

I hope others do the same #DeleteFacebook pic.twitter.com/ECGDXVhtsS

— Rosemary Lewis (@JaRoJo1021) March 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Ahli Parlimen UK panggil Mark Zuckerberg jawab isu Cambridge Analytica
BACA: 'Saya tidak pernah dengar tentang Cambridge Analytica' - Muhyiddin
#aplikasi #Cambridge Analytica #data peribadi #Donald Trump #Facebook #media sosial #Presiden Amerika Syarikat