LONDON: Bukan sahaja bakal menjadi tumpuan penduduk malah ia bakal menjadi mercu tanda ikonik di kota London. Stesen janakuasa Battersea atau Battersea Power Station yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
Pembukaan Battersea Power Station telah dirasmikan pada 13 Oktober lalu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selepas hampir empat dekad, Battersea Power Station dibangunkan semula dengan konsep lebih moden dan bergaya.
Mercu tanda ikonik yang disenaraikan Gred II dimiliki oleh konsortium Malaysia dengan Sime Darby Property memiliki 40 peratus, S P Setia (40 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (20 peratus) serta aset komersial dalam bangunan stesen janakuasa itu kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Apa yang perlu anda tahu mengenai Battersea Power Station?
- Bangunan terletak di kawasan lapang, di tebing selatan Sungai Thames dikelilingi pemandangan hijau Taman Battersea yang berusia 161 tahun.
- Ia mula beroperasi pada 1933 menggunakan arang batu untuk menjana tenaga sekali gus mencetuskan bantahan daripada mereka yang berpendapat mewujudkan pencemaran di kawasan itu.
- Bukan mudah proses pembangunan semula memandangkan status bangunan ini tersenarai dalam Grade II bermaksud perlu mengekalkan penampilan stesen janakuasa itu, tidak boleh dirobohkan dan bentuknya tidak boleh diubah tanpa kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan.
- Bangunan itu terdiri daripada dua stesen janakuasa, Battersea A tidak beroperasi sejak 1975 manakala Battersea B tidak beroperasi sejak 1983.
- Konsortium Malaysia, Battersea Project Holding Company Ltd (BPHC) memenangi bidaan untuk pembangunan semula tapak seluas 42 hektar.
- KWSP dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, Permodalan Nasional Bhd membeli Fasa Dua aset komersial Battersea Power Station dengan nilai £1.58 bilion (RM8.12 bilion) pada 2021.
- Terkenal dengan binaan bata merah, wajah baharu Battersea dipulihkan menggunakan bata sama ketika proses pembangunan semulanya.
- Premis dilengkapi lif serombong kaca yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan 360 darjah ruang udara London.
- Permintaan untuk menyewa premis mendapat permintaan tinggi berikutan 100 peratus telah disewakan kepada pelbagai syarikat antarabangsa termasuk Apple Inc.
Faida Rahim
Sun Nov 13 2022
Terkenal dengan binaan bata merah, wajah baharu Battersea Power Station dipulihkan menggunakan bata sama digunakan ketika membinanya. - Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.
Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung
Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan
Battersea Power Station di London menerima lebih 250,000 pengunjung semasa pembukaannya pada hujung minggu antara 14 dan 16 Okt.
Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.
Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.
Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.
KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat
KWSP mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut.
Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
Keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS.
Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station
Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di situ.