Bagaimana Presiden Indonesia Joko Widodo 'menangani wartawan' di Indonesia yang dilihat lebih bebas, liberal dan lantang dalam siaran medianya itu?
Ketika berucap pada majlis perasmian Hari Pers Nasional (HPN 2018) Indonesia, seperti kebiasaannya, beliau menjemput orang ramai untuk berinteraksi dengannya di pentas.
Kali ini, pemimpin Redaksi Majalah DOR dan Koran DOR, Yousri Nur Raja Agam mendapat peluang dan diberikan watak 'presiden' oleh Jokowi dan Jokowi mahu melakonkan watak sebagai wartawan.
"Sebagai wartawan, saya ingin bertanyakan.. apa media yang paling menyebalkan (menjengkelkan)," kata Jokowi yang ternyata membuatkan tetamu riuh rendah dalam menunggu jawapan dari "seorang presiden".
Yousri juga ternyata bijak menangani soalan presiden itu dengan menjawab media yang menjengkelkan ialah media yang 'merdeka' (bebas).
"Kenapa?," tanya Jokowi.
Yousri menjelaskan bahawa media tidak boleh terlalu bebas, kerana kebebasan dalam konteks apa pun, pasti mempunyai batas-batas tertentu.
Jokowi yang ternyata suka akan jawapan itu, menghadiahkan sebuah basikal kepada Yousri. Hadiah basikal diberikan Presiden Indonesia setiap kali berinteraksi dengan tetamu atau orang ramai ketika berucap.
Terdahulu ketika memulakan ucapannya, Jokowi turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan delegasi wartawan Malaysia yang turut hadir di HPN 2018.
Sambutan HPN yang disifatkan kedua terbesar selepas perayaan Aidilfitri di Indonesia itu turut dihadiri menteri Kabinet Indonesia, gabenor provinsi, duta, tokoh korporat dan lebih 6,000 pengamal media seluruh Indonesia, serta penglibatan penduduk setempat secara tidak langsung.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan delegasi wartawan dari Malaysia menerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang diterajui Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh.
Industri media di Indonesia bermula pada 1937 menerusi penubuhan agensi berita ANTARA pada 13 Dis 1937, dan media di negara jajahan Belanda itu terus berkembang dan bercambah dalam menyalurkan aspirasi rakyat membangkitkan perjuangan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan.
Simbolik kepada penghargaan itu, tanggal 9 Feb diumumkan sebagai Hari Pers Nasional oleh Presiden Indonesia ketika itu, Presiden Soeharto pada 1985.
Kini, terdapat lebih 47,000 media di Indonesia, disifatkan sebagai negara terbesar memiliki jumlah media di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
Jokowi (gambar) yang ternyata suka dengan jawapan Yousri, menghadiahkan sebuah basikal kepada ketua redaksi majalah itu ketika berucap pada majlis perasmian Hari Pers Nasional. - Gambar fail
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Apabila Jokowi menjadi wartawan...
Ketika berucap pada majlis perasmian Hari Pers Nasional (HPN 2018) Indonesia, seperti kebiasaannya, beliau menjemput orang ramai untuk berinteraksi dengannya di pentas.
Hari Pers Indonesia 2018 himpun 6,000 pengamal media
Dengan 47,000 pengamal media, Indonesia merupakan negara yang paling banyak jumlah media di dunia.