awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis
Selangor, Terengganu sah ke separuh akhir Piala Malaysia
AS, Greenland & Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC: Korea Selatan gesa tindakan atasi tingkah laku kebencian terhadap pelancong asing

Bernama
Bernama
15/10/2025
08:50 MYT
APEC: Korea Selatan gesa tindakan atasi tingkah laku kebencian terhadap pelancong asing
Kim turut mengakui kepentingan kebebasan bersuara tetapi menegaskan keperluan untuk melaksanakannya tanpa melanggar hak dan keselamatan orang lain. - Reuters
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Kim Min-seok pada Rabu menggesa langkah-langkah tegas diambil terhadap sebarang aktiviti yang menghasut kebencian dan diskriminasi terhadap pelancong asing menjelang sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bulan ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kim membuat gesaan itu semasa mesyuarat keselamatan awam bersama menteri-menteri berkaitan, termasuk Menteri Luar Cho Hyun dan Menteri Dalam Negeri Yun Ho-jung, susulan perhimpunan anti-China di seluruh Seoul.
"Kerajaan menganggap (sidang kemuncak APEC) bukan sekadar acara diplomatik, tetapi sebagai peluang untuk menunjukkan maruah negara Republik Korea yang telah dipulihkan," katanya, merujuk kepada perhimpunan yang dijadualkan pada 31 Okt dan 1 Nov di bandar Gyeongju, tenggara negara itu.
"Pada masa yang begitu penting ini, perhimpunan kebencian terhadap warga asing masih berterusan di beberapa kawasan. Tindakan yang merosakkan diri ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan warga asing tetapi juga menjejaskan perniagaan peniaga kecil tempatan," tambahnya.
Kim turut mengakui kepentingan kebebasan bersuara tetapi menegaskan keperluan untuk melaksanakannya tanpa melanggar hak dan keselamatan orang lain.
"Saya percaya tindakan diskriminasi dan ungkapan menghina terhadap warga asing mesti dihapuskan tanpa kompromi, kerana ia adalah perbuatan yang mencemarkan maruah dan kedudukan Republik Korea," katanya.
"Saya meminta setiap kementerian bertindak tegas selaras dengan undang-undang dan prinsip terhadap semua perbuatan yang menghasut kebencian dan diskriminasi terhadap pelancong asing serta menyebabkan kerosakan kepada perniagaan peniaga kecil."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#hasut kebencian
#diskriminasi
#Pelancong asing
#APEC
#kim min seok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan