Skip to main content

Malaysia

Wanita warga China maut terjatuh dari aras tiga di T2 KLIA

Sumber: BERNAMA
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan/BERNAMA

PUTRAJAYA: Polis mengesahkan seorang wanita warga China maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kejadian yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi dalam kenyataan semalam berkata kejadian berlaku pada 2.20 petang.

Advertisement

Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah memberikan rawatan kecemasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.09 petang di Hospital Putrajaya ketika mendapat rawatan lanjut.

Semakan mendapati wanita berusia 27 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China hari ini. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video