SELEPAS menamatkan pembangunan kereta Apple, kini gergasi perkomputeran Apple dilaporkan sedang membangunkan beberapa projek robotik peribadi, termasuk membangunkan robot yang boleh bantu pengguna dalam rumah.

Melalui laporan Bloomberg, Apple sedang bangunkan sebuah produk berbentuk skrin yang boleh bergerak dengan bantuan robotik, mengikut pengguna di rumah.

Di samping itu, Apple juga dikatakan menyasarkan pembangunan robot yang lebih maju dengan ciri seperti boleh membantu pengguna di dapur, basuh pinggan dan sebagainya.

Namun, ia dijangka tidak akan dicapai pada dekad ini disebabkan oleh kesukaran pembangunannya.

Untuk makluman, pada hari ini, terdapat beberapa syarikat yang membangunkan robot untuk kegunaan dalam rumah.

Pelbagai syarikat teknologi juga turut memfokuskan arena ini, termasuk Amazon dengan robot Astro, Samsung dengan robot Ballie, dan juga Xiaomi dengan Cyberdog.

Apa pun, projek ini dilaporkan masih pada peringkat awal kajian dan pembangunan, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan mencapai fasa akhir atau sebaliknya. -Amanz