Skip to main content

Dunia

Apple rancang naikkan harga produk - Ketua Pegawai Eksekutif

51718079744_AppleCEOTimCook.jpg
Tim Cook berkata syarikat itu telah berusaha melindungi pelanggan daripada kenaikan harga, namun keadaan berkenaan kini menjadi "tidak mampan." - Foto fail

WASHINGTON: Pengeluar iPhone, Apple merancang untuk menaikkan harga produknya bagi mengimbangi kenaikan mendadak kos cip memori, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook.

"Malangnya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan," katanya dalam wawancara dengan Wall Street Journal.

Beliau berkata syarikat itu telah berusaha melindungi pelanggan daripada kenaikan harga, namun keadaan berkenaan kini menjadi "tidak mampan."

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement